Sunday, May 17, 2009

MASA DEPAN BANGSA MELAYU


GENERASI AKAN DATANG

TANAMAN

1. Dari pengalaman yang kita lihat, lalui dan pelajari kita ketahui bahawa untuk mendapat pokok getah yang banyak susunya maka kita perlu pilih dan tanam benih pokok getah yang baik.

2. Begitu juga dengan pokok kelapa sawit.

3. Bagi yang mahukan buah kelapa pandan maka benihnya juga harus dari kelapa pandan juga.

4. Sesaorang itu akan menyesal jika kerana tidak berhati-hati terus tertanam benih yang salah yang merugikan masa depan.


MANUSIA

5. Begitu jugalah dengan manusia.

6. Untuk mengetahui mengenai masa depan sesuatu bangsa pula kita perlu melihat kepada anak-anak muda yang menjadi benih yang akan memimpin bangsanya

7. Jika masyarakat sesuatu bangsa itu membenarkan benih muda yang rendah nilai dalam hidupnya maka buruklah nasib bangsa itu di kemudian hari.


PEMUDA UMNO?

8. Jika Pemuda UMNO diharapkan, sebagai bibit atau benih, untuk menjamin masa depan bangsa Melayu maka nasib bangsa Melayu akan tetap menjadi gelap.

9. Sebabnya adalah jelas sebagaimana yang dimaklumkan oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO itu sendiri. Iaitu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin didapati bersalah kerana mengamalkan politik wang.

10. Branding 'rasuah' yang lumrah sepanjang zaman pemerintahan mertuanya telah disahkan oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO.

11. Barisan Exco Pemuda yang dilantik baru-baru ini adalah dari rangkaian yang memainkan politik wang untuk Khairy. Mereka mengamalkan rasuah dalam kegiatan politik Pemuda UMNO.

12. Walau bagaimana pun Pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO terlalu lemah, dan jelas tidak dapat diharapkan untuk membaiki UMNO. Begitu jugalah ahli-ahli jawatankuasanya. Oleh itu Khairy didapati bersalah tetapi tidak dihukum.

13. Sehigga hari ini Jawatankuasa Disiplin UMNO dibawah pimpinan Tengku Ahmad Rithauddin mengemalkan 3 ( tiga ) standard bagi yang bersalah di dalam UMNO.

14. Tan Sri Isa Samad, setelah menang sebagai Naib Presiden UMNO telah dipaksa berhenti dari jawatan Menteri dan digantung keahlian UMNOnya kerana didapati bersalah mengamalkan politik wang. Ini ialah 'standard' yang pertama.

15. Dato' Seri Utama Ali Rastum pula didapati bersalah mengamalkan politik wang dan dihukum dengan halangan dari bertanding tetapi boleh kekal memegang jawatannya. Ini 'standard' kedua.

16. 'Standard' ketiga ialah untuk Khairy Jamaluddin yang didapati bersalah tetapi boleh bertanding dan terus memegang jawatan.

17. 'Standard' kedua ini mungkin kerana Ali Rastum mahu bertanding atas kehendak Pak Lah Badawi dan 'standard' ketiga ialah kerana Khairy menantu Pak Lah.

18. Mengikut cerita diwaktu Tan Sri Isa kena tindakan disiplin Naib-Presiden lain juga bermain politik wang tetapi Isa dipilih kerana dia perlu dihapuskan dari politik Negeri Sembilan kerana Khairy Jamaluddin sudah ada di sana.

19. Dato' Rais Yatim juga hampir dikurbankan dengan tawaran untuk beliau menjadi Setiausaha Sekretariat Commonwealth di London. Jika Rais pun keluar negeri maka tinggal Khairylah yang menjadi satu-satunya tokoh di Negeri Sembilan.

20. Inilah yang dikatakan 'technical know-who' dan bukan 'technical know-how.'

21. Melayu sebagai satu bangsa hendaklah melihat dengan cara kritikal keatas semua tokoh atau individu yang sedang memainkan peranan dalam politik dan kepimpinan bangsa dan negara. Bangsa Melayu juga perlu terus meneliti walau pun tokoh itu sudah mendapat jawatan atau sudah pun duduk di kalangan pihak atasan.

22. Mereka yang terbukti curang dan ternyata ada bibit 'penyelewengan' dan 'pendurhakaan' terhadap bangsa dan tanahair, hendaklah diteliti, diawasi, diteguri, dipindahkan, dilucutkan atau digulingkan dari jawatan masing-masing.

23. Banyak yang boleh kita pelajari dari pengalaman Tun Dr. Mahathir.


PENGALAMAN TUN DR. MAHATHIR

24. Kita telah melihat bagaimana Tun Dr. Mahathir telah salah memilih timbalannya sebanyak tiga kali dizaman pemerintahannya.


TUN MUSA HITAM

25. Waktu Tun Dr. Mahathir, sebagai Perdana Menteri, memihak kepada Dato' Musa Hitam ( kini Tun ) dalam pertandingan dengan Tengku Razaleigh Hamzah beliau berlandaskan kepada premis 'Musa kawan Mahathir'. Oleh itu Tun Mahathir menganggap Tun Musa tidak akan menderhakai beliau.

26. Ternyata sebaliknya.

27. Walhal Tengku Razaleigh Hamzah, pada waktu pertandingan dengan Tun Musa, adalah lebih popular dari Tun Musa, dan sebagai anak Raja Tengku memahami erti kesetiaan, yang sangat dihargai di dalam mana jua istana di dunia ini.

28. Musa juga terkenal dengan slogan di waktu mudanya. Beliau menyeru supaya generasi muda bersikap ' kurang ajar.' Beliau sebenarnya menghayati slogannya itu.


DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

29. Pilihan Dato' Seri Anwar Ibrahim juga adalah satu kesilapan yang menyusahkan Tun Mahathir sendiri. Kesilapan ini juga adalah secara tidak disedari. Tun Mahathir merasakan bahawa Malaysia, malah dunia Islam juga, memerlukan pemimpin masa depan yang berjiwa Islam. Itulah Anwar baginya.

30. Tun Mahathir bolehlah dima'afkan atas kesilapan ini kerana seluruh rakyat Malaysia berpendapat sedemikian di waktu itu.

31. Dan ada yang masih dikelirukan oleh Dato' Seri Anwar hingga sekarang.


ANWAR YANG BERUBAH?

32. Apa yang Tun Dr. Mahathir gagal menyedari pada waktu itu ialah cara hidup Dato' Seri Anwar Ibrahim di waktu menjadi Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

33. Jika Tun Dr. Mahathir perhatikan maka akan jelas kelihatan bahawa kesemua sahabat-sahabat Dato' Seri di dalam ABIM, kecuali 4 orang, telah ditinggalkannya. ABIM sebagai sabuah badan belia Islam tidak pernah merestui Dato' Seri Anwar menjadi ahli UMNO.

34. Empat orang yang merestuinya ialah Kamaruddin Jaafar dan Kamaruddin Md. Nor ( kedua dari Kelantan ), Ismail Mina ( dari Kedah ) dan Dato' Omar Jaafar ( dari Melaka ).

35. Setelah memasuki UMNO, pada waktu yang sama dengan Dato' Seri Anwar, Kamaruddin Md. Nor, Setiausaha Agong ABIM, telah menjadi Ketua UMNO Bahagian Pasir Putih.

36. Beliau juga, kerana menyokong Anwar masuk UMNO, telah ditunjuk oleh Dato' Seri Anwar untuk menjadi Setiausaha Agong WAMY menggantikan Professor Hamid Abu Sulaiman, untuk menyerahkan tempatnya kepada Kamaruddin Md. Nor, dianugerahkan oleh Dato' Seri Anwar menjadi Rektor Universiti Islam Antarabangsa yang Kedua, iaitu menggantikan Professor Raof yang telah berjasa, di bidang ugama, sejak Malaysia merdeka.

37. Dato' Seri Anwar boleh berbuat demikian setelah beliau, sebagai Menteri Pendidikan, melucutkan Tun Hussein Onn dari menjadi Presiden UIA yang menyebabkan mula retaknya hubungan Tun Dr. Mahathir dengan Tun Hussein Onn di masa itu.

38. Ismail Mina telah menjadi seorang peniaga kaya yang banyak dibantu oleh Dato' Seri Anwar.

39. Dato' Omar Jaafar pula telah dipindahkan oleh Dato' Seri Anwar dari menjadi Pendaftar di Universiti Kebangsaan Malaysia ke Telekom Malaysia untuk menjadi Ketua Pengarahnya. Dibawah beliaulah Telekom dibenarkan menguruskan TMNet untuk bersaing dengan Mimos dengan Jaringnya.

40. Sepatutnya TMNet tidak menyaingi Jaring, yang direstui Tun Dr. Mahathir, kerana kedua badan itu adalah tajaan kerajaan. Sekali lagi Dato' Seri Anwar menunjukkan perbezaannya dengan Tun Dr. Mahathir.

41. Kamaruddin Jaafar, yang juga seorang kawan Dato' Seri Anwar sejak di Malay College Kuala Kangsar ( MCKK ), telah diarahkan oleh Dato' Seri Anwar untuk memasuki PAS dan sekarang menjadi Setiausaha Agongnya. Kamaruddin Jaafar adalah bersama Dato' Husam Musa dalam kelompok 'Erdogan' di dalam PAS.

42. Dato' Husam, yang kini Naib Presiden PAS, bersama Ketua Pemuda PAS Salahuddin ( juga dari kelompok Erdogan ), bersama Kamaruddin Md. Nor, telah sama-sama belajar dan mengajar di sekolah Dato' Seri Anwar di Yayasan Anda Akademik. Shabery Chik juga belajar di Yayasan Anda Akademik.

43. Disinilah punca krisis di dalam PAS sekarang.

44. Politik wang yang kini berjangkit kedalam UMNO sebagaimana yang didedahkan oleh Muhammad Iraq dan tidak dinafikan oleh Mursyidul 'Am juga adalah budaya yang diamalkan oleh Dato' Seri Anwar waktu dia di dalam UMNO, waktu dia nak beli Wakil Rakyat Barisan Nasional untuk dia jadi Perdana Menteri pada 16 September yang tahun lepas dan kini untuk meletakkan kuncu-kuncunnya supaya menguasai PAS.

45. Dato' Seri Anwar terpaksa menguasai PAS kerana dia tidak boleh bergantung kepada DAP, apalagi dengan adanya Karpal Singh yang kenal beliau, jika dia ingin terus mengepalai Pakatan Rakyat.


BOLEHKAH MELAYU BERSATU?

46. Jika orang-orang Dato' Seri Anwar menguasai PAS maka bertambah sukarlah bangsa Melayu boleh bersatu melalui kerjasama antara UMNO dan PAS. Masa depan bangsa Melayu dan Ummat Islam di Malaysia kini sangat bergantung kepada kerjasama ini.

47. Bagi Dato' Seri Anwar yang penting ialah beliau menjadi Perdana Menteri. Dia akan korbankan apa saja untuk itu.

48. Yang Tun Dr. Mahathir tidak tahu ialah sejak Anwar berada di dalam UMNO dia telah terpisah daripada ABIM. Sebaliknya kawan-kawan barunya ialah watak-watak seperti Azmin Ali dan Nallakaruppan. Mereka menggantikan tokoh-tokoh seperti Prof. Ghazali Nawawi, Ketua ABIM yang pertama dan Dato' Ibrahim Ali.


PAK LAH BADAWI

49. Kesilapan ketiga yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir ialah dengan melantik Dato' Seri Abdullah Badawi ( kini Tun ) sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk kemudian menggantikannya.

50. Kesilapan ini didukung dan disetujui oleh seluruh rakyat Malaysia. Itulah sebabnya dalam Pilihanraya Umum ke 11 Barisan Nasional mendapat kemenangan yang besar.

51. Kesilapan ini bukanlah dari segi kebolihan Pak Lah. Semua orang yang kenal Pak Lah tahu kelemahannya. Tidak suka membaca, lembab dan lambat membuat keputusan, penakut, tidak teliti, suka tidur di dalam majlis dan tidak tepat dengan temujanji, dll.

52. Tetapi semua kelemahan ini dapat diterima dengan angapan Tun Dr. Mahathir akan menasihati dan membantu Dato' Seri Abdullah.


TUN MUSA SEBAGAI PENASIHAT PAK LAH

53. Malangnya penasihat Pak Lah ialah Tun Musa Hitam, yang menaruh perasaan dendam kesumat terhadap Tun Dr. Mahathir. Oleh kerana Pak Lah tidak mempunyai ide sendiri, kecuali kemudiannya mengambil Tun Jeane sebagai pengganti Datin Sri Hendon, maka Tun Musa dan menantunya Khairylah menjadi sumber inspirasi.

54. Tun Musa tahu pihak Lee Kuan Yew dan Tun Dr. Mahathir tidak sebulu. Maka Pak Lah pun dipengaruhi untuk membatalkan Jembatan Bengkok untuk mengambil hati Lee Kuan Yew dan menyakitkan hati Tun Dr. Mahathir.

55. Tun Musa tahu Proton ialah projek anak emas Tun Dr. Mahathir. Inilah yang mulanya nak dijual kepada Singapura. Untuk merusakkan prestasi Proton maka banyak AP mengimpot kereta dikeluarkan kepada kerabat Khairy Jamaluddin.

56. Khairy Jamaluddin pula adalah bekas pelajar dari World College di Singapura. Kolej Dunia ini adalah sebahagian dari rangkaian kolej sedemikian yang didirikan oleh pihak Yahudi untuk mempengaruhi bakal pemimpin-pemimpin muda di dunia dengan nila-nilai global yang berorientasikan Barat.

57. Di Oxford Khairy berkawan dengan Vincent Lim seorang pelajar yang anti Dasar Ekonomi Baru. Beliau bekerja di Tingkat 4 Putrajaya dan dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan 'The Triad' dan dengan Singapura. Vincentlah yang bertanggungjawab merancangkan Koridor Iskandar di Johor dalam usaha menyediakan tapak untuk pelabur dari Singapura, Taiwan dan China, sebagaimana Batam di Indonesia sudah jadi Singapura Kedua.


SUMBER INSPIRASI PAK LAH BADAWI

58. Jika Tun Musa menjadi penasihat ulung Pak Lah Badawi maka Khairy menantunyalah yang menjadi sumber inspirasi.

59. Pada satu hari Pak Lah telah memberitahu kepada Tun Dr. Mahathir bahawa CEO Proton, Tengku Mahalil, tidak akan diberhentikan. Sebaik sahaja Pak Lah berangkat keluar negeri maka dengan serta-merta Khairy mengarahkan Lembaga Proton supaya Tengku Mahalil disingkirkan dari jawatan CEO Proton.

60. Setelah Tengku Mahalil disingkirkan maka Khairy jugalah penyebab terjualnya dengan harga 1 Euro ( sekitar lebih kurang RM4.50 )seluruh milik saham dalam syarikat Agusta yang sebahagian kecil darinya, apabila dijual semula, hanya beberapa bulan kemudian. bernilai ratusan juta ringgit. Siapakah pembeli misteri ini?


PAUL WOLFOWITZ

61. Beberapa hari sebelum Pak Lah menjadi Perdana Menteri Khairy telah berucap di John Hopkins University di Amerika Syarikat. Dalam perjumpaan di Paul H. Nitze School of Advanced International Studies ( SAIS ), di bawah Dekan dan Professornya Paul Wolfowitz, Khairy telah mengutuk dasar ekonomi Tun Dr. Mahathir, seterusnya, apabila menjawab satu soalan, menyatakan Dato' Seri Anwar Ibrahim akan dilepaskan sebaik saja mertuanya Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Katanya, isu Anwar ialah urusan peribadi Tun Dr. Mahathir.


RANCANGAN MENGEBOM MASJIDIL HARAM DAN MASJID NABAWI

62. Paul Wolfowitz dan Barnett ialah dua orang dari tokoh Yahudi di Amerika Syarikat yang menasihati George W. Bush supaya mengebom Iraq dan Afghanistan setelah George W. Bush enggan mengikut nasihat mereka untuk mengebom Masjidil Haram di Mekah dan Masjidil Nabawi di Madinah.

63. John Hopkins University ialah tempat Wolfowitz mengajar apabila tidak memegang jawatan dalam kerajaan. Anak Dato' Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izza, adalah lulusan dari John Hopkins.

64. Hubungan Dato' Seri Anwar dengan Paul Wolfowitz begitu dekat sehingga apabila Dato' Seri Anwar ke Munich Hospital untuk berubat mata, setelah keluar dari penjara, didapati Paul Wolfowitz, yang berada di tepi katil Dato' Seri Anwar berhari-hari.

65. Khairy adalah orang yang pergi kerumah Dato' Seri Anwar untuk menyampaikan kepadanya Passport Antarabangsa supaya Dato' Seri Anwar boleh pergi ke Jerman untuk berubat mata.


ANWAR MEMBANTU KEKASIH WOLFOWITZ

66. Diwaktu Paul Wolfowitz menjadi Pengarah Bank Dunia itulah maka bank itu telah membiayai sabuah 'Projek Budaya Belia' dan melantik Dato' Seri Anwar menjadi pengerusinya. Selaku pengerusi Dato' Seri Anwar telah melantik seorang wanita Iran yang juga kekasih Wolfowitz yang bernama Shaha Riza, sebagai pengarahnya.

67. Kerana skandal dengan Shaha Riza maka Wolfowitz terpaksa berhenti dari jawatannya sebagai Presiden Bank Dunia. Wolfowitz telah diceraikan oleh isterinya kerana skandal ini.

68. Rangkaian hubungan antara Universiti John Hopkins, Paul Wolforwitz, Khairy Jamaluddin, Nurul Izzah dan Dato' Seri Anwar Ibrahim mengajar kita untuk melihat hubungan sedemikian dalam rangkaian hubungan politik Melayu di negara ini.

69. Lihat saja hubungan kuncu-kuncu Dato' Seri Anwar dari ABIM, Yayasan Anda dan MCKK yang kini menjadi punca masaalah bagi UMNO dan PAS dan perlu mendapat perhatian.


KARPAL SINGH MENGECAM ANWAR

70. Kita tidak perlu terkejut apabila terbaca bahawa Karpal Singh telah mengecam Dato' Seri Anwar. Karpal memerhatikan bahawa Dato' Seri Anwarlah yang patut disalahkan kerana memperkenalkan budaya lompat melompat dari satu parti ke parti yang lain, sehingga Pakatan Rakyat hilang kuasa di Perak.

71. Usaha rasuah untuk membeli kesetiaan supaya wakil rakyat berpindah parti juga amalan yang dibudayakan oleh Dato' Seri Anwar.

72. Apakah 'masa depan bangsa Melayu' dapat terjamin jika rasuah sudah menjadi budaya kepimpinan.


No comments:

Post a Comment