Tuesday, April 28, 2009

ADAKAH ULAMA DALAM PARTI POLITIK?

ULAMAK DAN POLITIK

1. Adakah ulama dalam parti politik?

2. Soalan ini salah. Soalan yang sepatutnya ditanya ialah 'Bolehkan ulama menjadi ahli dan cergas di dalam parti politik?'.

3. Bagi kedua soalan di atas jawapannya ialah 'tidak ada' dan 'tidak boleh'. Kerana ulama itu ialah seseorang yang mulia dan mampu menyatakan yang benar walau pahit sekali pun.

4. Ulama hendaklah menegur yang salah walau pun didapati dalam partinya sendiri. Oleh kerana ini tidak pernah berlaku maka seseorang ulama dengan sendirinya batal penghormatannya sebagai ulama apabila dia sudah menjadi seorang ahli politik yang berparti.

5. Kenyataan ini hendaklah difahami dengan jelas dan dengan hati yang terbuka oleh semua pihak, supaya ianya tidak diputarbelitkan oleh orang-orang yang ingin dianggap sebagai ulama, tetapi tidak mempunyai prinsip ulama.

6. Kenyataan ini tidak bermaksud seseorang ulama itu tidak boleh berpolitik.

7. Berpolitik itu boleh dan yang tidak boleh ialah berparti.

8. Sebabnya ialah jika ulama itu aktif dalam parti, sebagai pemimpin dan penggeraknya, maka hilanglah gelaran ulama yang diberi padanya.

9. Islam adalah ugama yang suci dan begitu jugalah ulama yang mempelopori Islam. Oleh kerana Islam merangkumi seluruh cara dan gaya hidup manusia maka politik juga adalah aspek yang wajib ditangani oleh ummat Islam dan ulamanya.

10. Aspek yang penting untuk mengekalkan kesucian ulama ialah ' ulama berkata yang benar walau pahit sekali pun'.

11. Apabila ulama itu sudah menjadi anggota dan aktivis mana-mana jua parti politik maka sikapnya dengan sendirinya berubah, kerana dia akan memihak kepada partinya.

12. Oleh kerana bukan semua anggota partinya, atau anggota parti yang sekongkol dengannya, bermoral maka ketidaksopanan anggota parti itu tidak boleh diketengahkan jika ianya merugikan pengkongsian. Tidak kiralah samaada perkongsian itu dinamakan Barisan Nasional atau pun Pakatan Rakyat.

13. Sikap membela parti, atau parti gabungan, jelas kelihatan akhir-akhir ini apabila saorang Exco Kerajaan Pakatan Rakyat dari Selangor bertelanjang, saorang Exco kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah telah menoda isteri pemandunya, dan dua orang ADUN Negeri Perak telah didapati rasuah seks di dalam pilihanraya.

14. Keempat ADUN di atas kesemuanya dari Parti Pakatan Rakyat. Yang di Kedah letak jawatan, yang di Selangor dapat pengampunan Pakatan Rakyat, mungkin hanya kerana janji tidak akan bertelanjang lagi, dan yang dua orang di Perak pula telah insaf dan keluar dari PKR yang mereka tahu wujud dalam kepura-puraan.

15. Kita tidak dengar sepatahpun teguran dari ulama dalam Pakatan Rakyat dari PAS. Dato' Nik Aziz dan Hj. Hadi Awang membisu seribu bahasa. Ini semua kerana ingin menjaga imej parti dan air muka parti kerabat. Mereka tidak berkata yang benar walau pahit sekalipun; sebaliknya mereka membisu seribu bahasa apabila berdepan dengan kemungkaran.'

16. Itulah sebabnya mereka tidak boleh digelar ulama'

17. Baru-baru ini kita terbaca di dalam akhbar Sinar kenyataan Dato' Nik Aziz yang mengatakan Islam Hadhari tidak ada dalam Islam.

18. Kalau demikian kenapakah Dato' Nik Aziz menyokong Tun Abdullah Badawi untuk terus menjadi Perdana Menteri jika Dato' Nik Aziz berpendapat demikian. Ada Dato' Nik Aziz merestui amalan Islam Hadhari diteruskan.

19. Memang benar, di kalangan PAS, semuanya mengetahui Islam Hadhari merugikan BN, tetapi menyokong Tun Abdullah Badawi, untuk kekal sebagai Perdana Menteri, sedangkan dia jelas mempelopori ajaran yang diada-adakan, dan tidak dapat diterima oleh orang ramai, bukanlah sikap ulamak.

20. Tetapi, sebagai ahli politik dan bukan sebagai ulama, sikap Dato' Nik Aziz dapat dimengerti.

21. Dia menutup kelemahan atau kesalahan Tun Abdullah, kerana menguntungkan politik PAS, dan sanggup membiarkan Islam Hadhari terus dipelopori. Nik Aziz tidak menyatakan yang benar kerana menunjukkan kelemahan atau kesalahan Tun Abdullah akan merugikan Pakatan Rakyat.

22. Kerana sikap mereka yang beginilah maka perpecahan, yang dinafikan, sedang berlaku di dalam PAS, sebenarnya berlaku.

23. Perbezaan pendapat di dalam PAS sekarang ini berkisar sekitar Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin parti yang toleran terhadap maksiat yang menyebabkan 4 anggota partinya selesa melakukannya. Tabiat beliau sendiri menjadi tanda-tanya.

24. Jika anak Dato' Nik Aziz ingin sungguh-sungguh mencari penyebab perpecahan dalam PAS dia pasti akan berjumpa dengan seorang pemimpin Melayu yang kini menjadi pemimpin Hindraf dan Makkal Sakhti. Islam, bagi pemimpin ini hanyalah digunakan sebagai alat politik dan tidak sebaliknya dia menggunakan politik untuk ugama Islam.

25. Teguran ini tidak dikhususkan kepada PAS sahaja kerana pemimpin UMNO juga ada yang ingin mengekalkan imej ulamanya walau pun tidak boleh. Dalam UMNO juga tidak ada yang boleh digelarkan ulama.

26. Malahan semua masaalah di dalam sejarah UMNO berpunca dari tokoh yang memulakan karir hidupnya sebagai pejuang ugama, tidak semestinya sebagai ulama, dan berakhir sebagai punca masaalah.

27. Pengerusi Dewan Ulama UMNO Hj. Ahmad Fuad telah menentang Tunku Abdul Rahman untuk jawatan Presiden UMNO tetapi apabila kalah turut menjadi penyebab tertubuhnya PAS.

28. Haji Sulaiman Palestin juga seorang ulama UMNO yang kemudiannya mencabar Tun Hussein Onn untuk jawatan Presiden UMNO walau pun kalah.

29. Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku bekas Presiden ABIM, yang dianggap sebagai pejuang ugama, juga menentang Tun Dr. Mahathir yang membimbingnya ke dalam UMNO.

30. Begitu juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menderhakai Tun Mahathir setelah Tun Mahathir menatangnya untuk menjadi Perdana Menteri.

31. Secara kebetulan keempat-empat tokoh yang berlatarbelakangkan ugama ini berasal dari Pulau Pinang. Imej mereka sebagai tokoh ugama telah menjadi modal mereka yang cukup besar. Dalam kes Sulaiman Palestin dan Abdullah Ahmad Badawi mereka mendapat bonus dengan gelaran 'Palestin' dan 'Badawi' walaupun keduanya tidak ada hubungan darah dengan Arab.

32. Umat Islam selalu ditipu oleh tokoh politik yang memperalatkan agama untuk tujuan politiknya.

33. Inilah nasib ummat Islam. Fikir-fikirkanlah!!!!!!!!





1 comment:

  1. saya amat setuju ulamak ulamak PAS ialah ulamak Malborro. Kalau tidak, masakan Mat Sabu yang berkehendak dengan isteri orang dibilik hotel Kots Baru satu masa dulu masih menjadi anak mas NIK AZIZ. TAKBIRRRRR!

    ReplyDelete