Monday, April 20, 2009

PILIHANRAYA KECIL PENANTI

1. Apakah Barisan Nasional patut bertanding atau tidak di dalam pilihanraya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti?

2. Kalau BN fikir dia boleh menang sudah tentu dia akan bertanding. Kalau ADUN atau Ahli Parlimen yang meninggal dunia, letak jawatan atau dipecat, dari parti komponen BN sudah tentu BN akan bertanding. Kalau Penanti bukan dalam kawasan parlimen Permatang Pauh, di mana BN baru dikalahkan, sudah tentu BN akan bertanding.

3. Oleh kerana pemimpin BN mengetahui bahawa BN akan kalah maka BN ada dua pilihan: Pertama - bertanding dan menerima kekalahan; atau Kedua - tidak bertanding dengan memberi sebab-sebab yang munasabah. Antara sebabnya ialah: (a) membazir, (b) buang masa, (c ) buang tenaga dan (d) supaya tidak terperangkap dengan strategi Anwar Ibrahim.

4. Pemimpin-pemimpin BN perlu bertanya: (a) Apakah BN sudah letih berpolitik? (b) Apakah BN trauma kerana kalah di Permatang Pauh, Kuala Trengganu, di Bukit Selambau dan Bukit Gantang? (c) Apakah tidak ada ahli BN yang masih berani bertanding? (d) Apakah tabung BN sudah kering?

5. Walau apa juga sebab yang diberi untuk tidak bertanding orang akan tahu sebab sebenarnya ialah kerana BN takut kalah. Orang tidak akan percaya dengan alasan-alasan lain lebih-lebih lagi alasan pembaziran. Ini bukan kali pertama BN dan semua parti lain, kerajaan atau pembangkang, membazir untuk menang dalam pilihanraya-pilihanraya kecil.

6. Bagi yang mahu BN bertanding pula ianya bertujuan untuk: (a) melihat perubahan sikap pengundi masa kini memandang kepada fi'il Anwar Ibrahim yang kerjanya memecahbelahkanUMNO, PAS dan kini DAP semata-mata kerana ingin berpakatan untuk kepentingan diri dan bukan kepentingan rakyat atau negara; (b) mencoba untuk mengurangkan majoriti calon PKR; (c) tidak memberi hadiah buta jika Anwar Ibrahim sendiri yang nak bertanding; (d) melatih bakat baru menjadi calon; dan (e) siapa tahu entah kerana orang sudah meluat kepada lakonan Anwar maka BN boleh menang.

7. Dalam pilihanraya kecil di Penanti nanti Dato' Seri Anwar akan menghibur dirinya sendiri dengan berceramah merata-rata kerana itu sajalah kebolehan beliau. Dia akan bercerita mengenai perkara dunia yang di luar kepentingan orang-orang Penanti. Dia juga akan berkhayal untuk menjadi Perdana Menteri Kedua dari Pulau Pinang di satu hari nanti. Bagi rakyat umumnya cukuplah azab UMNO dan BN dengan yang satu dulu.

8. Calon BN pula tidak perlu orang luar dan tidak perlu orang bijak sangat. Jangan pula budak yang di ketahui ada kaitan dengan KJ. Na'uzubillah !!!!

9. Tenaga kempen juga tidak perlu orang luar. Perdana Menteri, Timbalannya dan Menteri atau Timbalan-timbalan Menteri tak payahlah turun berkempen.

10. Jika Mantan Perdana Menteri Pak Lah masih menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Pulau Pinang dia bolehlah dianggap sebagai tenaga kempen tempatan. Kalau kalah pun dia tidak terlalu sedih.

11. Tun Jeanne pun boleh turut kempen kepada pengundi-pengundi China di sana.
12. Tukang kempen pula jangan terdiri dari bekas tokoh PAS atau tokoh PKR. Orang meluat mendengar ceramah-ceramah orang yang kecewa.

13. Penceramah tidak perlu maki hamun Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana, kalau tak maki sekalipun pengundi kenal Anwar sebagai:

a) Ketua parti yang dianggotai oleh Elizabeth Wong, Exco Kerajaan Negeri Selangor, yang bertelanjang dan ...... seterusnya;

b) Ketua parti bekas Exco Bukit Selambau yang menikah secara tidak sah dengan isteri pemandu keretanya;

c) Ketua parti yang berbeza dengan bekas ADUN PKR Bukit Selambau, yang mengganggu isteri pemandu keretanya, dia terus melibatkan diri dengan Azizan, bekas pemandunya. Ada lagi case yang belum selesai dengan Saiful. ( Layarilah Saiful.blogspot.com )
d) Ketua parti yang hilang kuasa sabuah negeri kerana 2 orang bekas ADUN perak yang terlibat dengan kes rasuah seks, tetapi setelah bertaubat, terus keluar dari PKR;

e) Ketua parti yang bertindak tidak adil terhadap bekas ADUN penanti yang tidak pernah bersalah moral saperti Elizabeth Wong, tidak pernah mengganggu isteri pemandunya dan jauh sekali dari mengganggu pemandu itu sendiri; dan lain-lain

14. Tetapi kita perlu berdo'a supaya pengundi Penanti tidak saperti 304 orang wakil Pergerakan Pemuda UMNO dalam Perhimpunan Agong yang baru lalu. Walau pun mengetahui KJ mengamalkan rasuah politik wang, sebagaimana yang didapati oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO, tetapi 304 wakil itu tetap mengundi yang bersalah.

15. Dalam kes KJ dia bernasib baik, tetapi UMNO tidak bernasib baik, kerana majoriti wakil yang menentangnya di dalam Pemuda UMNO berpecah undi, Dato' Seri Anwar Ibrahim pula selalu menang selagi rakyat boleh dikelabui oleh imej agamanya.

16. Semoga Allah s.w.t. akan menyelamatkan bangsa Melayu dari musang yang berbulu ayam.






2 comments:

  1. Satu kupasan yang boleh dipertimbangkan. Tapi mahukah boss pakai? Semuga depa buka mata dan semuga juga rakyat penanti buka mata. Dan 304 bingai tu pula diharap bertaubat dan Allah terima taubat mereka.....Allah yang lebih Mengetahui betapa hampanya hati ini dgn gelagat 304 malaun tu.

    ReplyDelete
  2. Saudara,

    Yang paling saya takuti, kelima lima dalil yang tuan berikan mengenai kepimpinan PR itu dibalas dengan beratus dalil yang bersifat sama dengan apa yang kita paparkan!!!

    So just be good and do good things!!

    ReplyDelete