Sunday, April 26, 2009

SHABERY INGIN TUTUP MULUT TUN DR. MAHATHIR

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

1. Sikap tidak hormat kepada orang tua, orang yang telah berbudi dan telah berjasa nampaknya sudah menular lagi kejiwa Shabery Chik, bekas Ketua Penerangan Semangat 46, yang kini jadi Menteri dalam kabinet Dato' Seri Najib, setelah gagal sebagai Menteri Penerangan di bawah pentadbiran lama.

2. Adalah diharapkan semoga Dato' Rais tidak mengulang kesilapan Shabery yang sanggup berdebat kalah dan memberi publisiti murah kepada Anwar Ibrahim. Begitu juga memberi publisiti kepada Anwar untuk mempopularkan dirinya sebagai penari dan penyanyi Bollywood, melalui siaran TV 1 di musim pilihanraya dulu, lepas Berita Perdana, sehingga Anwar menjadi hero bagi kelompok Hindraf dan Makkal Sakhti

3. Kali in Shabery Chik mendesak ( urged ) Tun Dr. Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad supaya tidak menegur Dato' Seri Najib secara terbuka dan menghormati Dato Seri Najib's 'humble request' untuk 'speak to the new President of UMNO if they have anything to say about UMNO'.

4. Sebenarnya 'humble request' itu juga tidak perlu dihebahkan secara terbuka, dan tidak 'humble' oleh Shabery Chik.

5. Sudah tentu teguran Shabery Chik tidak dituju kepada Tun Abdullah Ahmad kerana umum mengetahui bahawa di waktu Tun Abdullah jadi Perdana Menteri dia tidak peduli kepada nasihat dan pandangan samaada secara tertutup, atau pun secara terbuka. Yang dia dengar ialah pendapat kawan rapat saperti Kalimullah Hassan dan Patrick Lim Badawi dan kaum keluarganya seperti menantunya Khairy dan anaknya Kamal.

6. Itulah sebabnya, dizaman Tun Abdullah jadi Perdana Menteri, menterinya yang dikawal rapi pun terpaksa membuat kenyataan terbuka meminta beliau berhenti. Orang seperti Shabery Chik atau Mohd Nor Yaacob sudah tentu mahukan Tun Abdullah terus sambung dalam jawatan; samoga keduanya juga kekal dalam jawatan lama masing-masing.

7. Oleh itu kenyataan Shabery Chik bolehlah dikatakan sebagai usaha mengampu boss baru setelah diturunkan pangkat menjadi Menteri di kementerian yang kurang penting dari Kementerian Penerangan.

8. Jika style Tun Abdullah Ahmad mahu diikut maka nasihat kepada Perdana Menteri itu, samaada secara tertutup atau terbuka, semuanya tidak perlu kerana yang perlu ialah nasihat kawan-kawan dan kaum keluarga Perdana Menteri.

9. Sasaran Shabery Chik sebenarnya ialah Tun Dr. Mahathir. Jelas sekali Shabery jahil dan tidak mengenali Tun Dr. Mahathir, dan tidak faham betapa pentingnya beliau membuat teguran atas apa yang beliau dapati salah samaada secara tertutup atau terbuka.

10. Tun Dr. Mahathir kini menjadi 'the conscience of the thinking people of Malaysia'.

11. Sebenarnya Dato' Seri Najib tidak perlu menggunakan Shabery Chik untuk menegur Tun Dr. Mahathir jika ada sesuatu yang hendak disampaikan. Pejabat Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana begitu dekat dengan Jabatan Perdana Menteri. Kita juga lihat Tun Dr. Mahathir dan Dato' Seri Najib sering bertemu dalam berbagai majlis. Shabery Chik hanyalah penyebok yang tidak relevan.

12. Lebih baik Shabery Chik tumpu kepada tugasnya sebagai Menteri.

13. Yang membuat Shabery Chik melenting ialah apabila Tun Dr. Mahathir membuat kenyataan bahawa ada Menteri kabinet yang dianggap tidak patut jadi menteri kerana latarbelakang mereka. Pada pandangan Tun Dr. Mahathir persepsi orang ramai mengenai Johari Baharom ialah dia saorang Timbalan Menteri yang RASUAH sementara Dato' Nazri pula ialah Menteri yang paling kuat MENYALAK mengecam Tun Dr. Mahathir.

14. Apakah Shabery Chik berhasrat supaya Tun Dr. Mahathir menyokong orang yang dianggap 'rasuah' dan 'kurang ajar' memegang jawatan dalam kerajaan? Bukankah lantikan-lantikan yang tidak dipersetujui oleh Tun Mahathir ini menunjukkan bahawa Dato' Seri Najib bertidak bebas dan sekaligus membuktikan Dato' Seri Najib tidak akan mengikut telunjuk Tun Mahathir atau mengamalkan Mahathirism.

15. Istilah Mahathirism ini pertama kalinya diperkenalkan oleh Tun Musa Hitam, dan kini dipakai oleh media asing yang sayang kepeda Tun Abdullah Ahmad dan Tun Musa Hitam.

16. Apakah Shabery Chik juga akan menasihati Tun Dr. Mahathir supaya menghormati Tun Musa Hitam yang mengatakan Tun Mahathir ialah ' duri dalam daging UMNO ' dimasa dulu.

17. Dato' Shabery Chik perlu mengikuti style Tun Musa Hitam yang berdiam diri setelah membuat kenyataan yang salah dan mengharapkan supaya rakyat akan lupa kesalahan itu satelah masa berlalu.

PULAU PINANG

18. Di Pulau Pinang pula kita terbaca dalam suratkhabar kelmarin bahawa Perhubungan UMNO Pulau Pinang mengalu-ngalukan perlantikan Dato' Zahid Hamidi menjadi Ketua Perhubungan mereka supaya Dato' Zahid dapaat mengulangi khidmat cemerlang Tun Abdullah selaku Ketua Perhubungan di waktu Pulau Pinang terlepas ketangan pembangkang, buat kali pertama dalam sejarah, sejak merdeka.. Apakah kecemerlangan ini yang perlu diulangi oleh Dato' Zahid Hamidi. Kalau itu matalamatnya maka amatlah mudah kerja Dato' Zahid. Caranya ialah dengan mengekalkan PR di Pulau Pinang dan ini boleh dimulakan dengan tidak bertanding di Penanti.

19. Semoga Pulau Pinang dan Seberang Prai berjaya kembali ke BN di masa akan datang.



2 comments:

  1. Saudara panah-sakti,

    Saya pernah mengenali orang bernama Shabery Cheek ini semasa dia jadi KP 46. Saya respect dia kerana nampak pro, intelektual dan well info.Intergritinya nampak menyakinkan. Ketika itu bukan saja rasuah, menyalahgunakan kuasa pun saya rasa dia benci. My type of leadership!

    Tetapi selepas dia jadi Setiausaha Parlimen, kenyataan nya berubah, ways of life dan way of thinkingnya lagi jelas banyak berubah. Yang paling jelas pegangan politiknya berubah BESAR!!!

    Saya terus kecewa dan berubah dari mahu terus mengenalinya. Rupanya dia berprinsip kerana dibarisan lain bukan kerana prinsip itu sendiri.

    Dan apabila dia menjadi Menteri di Angkasapuri, lagi takut saya untuk mendakwa mengenalinya. Dari breed yang sama juga rupanya dia!!

    ReplyDelete
  2. Tuan,

    Mengenai Dato Zahid, saya kurang selesa apabila dia meminta perwakilan berdiri memberi penghormatan kepada Dato Ali kerana menerima dengan baik apabila dilarang bertanding. Dia minta assembly beri `standing ovation'.

    Standing ovation selalunya datang dengan sendiri..buka boleh diminta minta. Lagi pun perbuatan itu jelas `sending the wrong signal to the members and the people'. Dato Ali diputuskan bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO, tak kan pula diberikan standing ovation!!

    Khalifah kena bertindak semacam khalifah..bukan playing to the galery!!Main politik sampai kesitu ke....

    Kenyataan bila menang Naib pun nampak jauh dari lagak khalifah. Menang jadi hadiah harijadi isteri!!Alahai.

    ReplyDelete